Selamat Datang ! Welcome ! Wilkommen ! أهلاً وسهلاً

Saturday 14 July 2018

Terma Filateli: Apa itu 'overprint'?

'Overprint' adalah cop yang dicap pada permukaan setem atas sebab-sebab tertentu. Cop ini kebiasaannya merupakan perkataan dan selalu ditemui dalam warna hitam. Tiada terjemahan bagi 'overprint' dalam bahasa Malaysia. Namun, saya menggunakan 'cetak-tambah' untuk menggambarkan maksud 'overprint' dalam penulisan saya.

'overprint' ini dibuat kerana tujuan tertentu dan lazimnya untuk menukar atau menambah nilai setem kerana kekurangan setem yang berlaku di pejabat pos. Situasi ini sering berlaku sekitar tahun 1900. Misalnya, setem Straits Settlements 5 cent dicop cetak-tambah dengan nilai 4 cents. Hal ini mungkin terjadi kerana setem 4 cents telah habis dijual dan setem 5 cents masih banyak dalam simpanan.


Tujuan lain 'overprint' dibuat adalah untuk mewar-warkan pertukaran pemerintahan sesuatu negara. Sebagai contoh, semasa penjajahan Jepun di Malaya, semua setem Malaya dicop 'overprint' dengan tulisan dan karakter Jepun. Semasa Malaya ditadbir oleh tentera British selepas penjajahan komunis, setem Malaya dicop dengan 'overprint' BMA iaitu singkatan kepada British Military Administration.





















'Overprint' juga dibuat untuk menandakan suatu acara atau peristiwa penting. Antara acara yang pernah diadakan semasa penaklukan British adalah pameran setem yang diadakan di Malaya dan Borneo pada tahun 1922. Acara itu dinamakan Malaya Borneo Exhibition.


'overprint' merupakan salah satu aspek yang penting dalam filateli. Kewujudan 'overprint' memberikan variasi pada setem. Selain itu, kesilapan pada 'overprint' boleh membuatkan setem menjadi unik dan kemungkinan meningkatkan harganya di pasaran.

No comments:

Post a Comment