Selamat Datang ! Welcome ! Wilkommen ! أهلاً وسهلاً

Saturday 15 September 2018

John Lennon kumpul setem?


John Lennon

Jika disebut nama John Lennon pasti hampir semua orang mengenalinya. Dia merupakan salah seorang anggota kumpulan The Beatles, kumpulan muzik yang sangat popular sekitar tahun 1960-an. Namun begitu tahukah anda beliau juga merupakan seorang pengumpul setem?

The Beatles. Lennon di sebelah kiri.

Ketika Lennon berumur 9 tahun, sepupu kepada Lennon telah menghadiahkannya sebuah album setem berwarna hijau berjenama 'Mercury' yang mempunyai 150 muka surat. Lennon telah memadamkan nama dan alamat sepupunya yang terdapat pada album itu dan meletakkan tandatangan dan alamat tempat tinggalnya sendiri di 'Mendips' di mana dia tinggal bersama ibu saudaranya.

Album setem yang dihadiahkan kepada Lennon



Pada waktu tertentu, Lennon melukis janggut dan misai pada imej Queen Victoria dan King George VI yang terdapat pada halaman album dengan menggunakan dakwat biru. Tulisan tangan Lennon pada album terseut menunjukkan pada suatu ketika jumlah setem yang terkandung dalam album itu adalah sebanyak 800 keping. Album setem ini telah dibeli oleh Washington's National Postal Museum daripada Stanley Gibbons pada tahun 2015.



Setem album itu kini tersimpan di Smithsonian's National Postal Museum, Amerika Syarikat.


Monday 10 September 2018

SETEM 'SEAHORSE' GREAT BRITAIN TAHUN 1913

Dikeluarkan pertama kali pada Jun dan Ogos 1913, setem definitif bernilai tinggi 'seahorse' kekal menjadi salah satu setem yang ikonik sehingga ke hari ini. Hal ini disebabkan seni ukir (engraving) berkualiti tinggi dan rekaan yang berjalin-jalin dan kompleks, pelukisan Brittania duduk rata di belakang tiga kuda di lautan yang bergelombang. Turut serta diletakkan portret King George kelima.

Setem yang elegen ini telah direka oleh pengukir Australia yang terkenal iaitu Bertram Mackennel yang juga mencadangkan supaya setem tersebut dicetak menggunakan proses intaglio untuk menjadikannya lebih berbeza dan unik. Setem ini telah dikeluarkan dalam empat warna dan nilai: coklat (2s 6d), merah (5s), biru (10s) dan hijau (£1). 



Ketika era yang bergolak dengan peperangan dan kegawatan ekonomi, setem ini dikeluarkan sebagai lambang patriotisme dan keakraban; setem ini menunjukkan Britain sebagai negara yang berkuasa dan 'penguasa lautan'. Setem yang mampu bertahan sekian lama ini dengan rekaan Brittania yang berkuasa menjelaskan sebab setem ini sangat popular di kalangan pengumpul setem.

Harga katalog bagi setem ini bergantung kepada nilai muka dan kondisinya. Setem yang telah dicap pos (used) lebih berharga berbanding setem dalam keadaan baru (mint). Berikut adalah senarai harga anggaran bagi keluaran setem ini:

Coklat (2 shillings & 6 pence): Mint -  £125-250, Used - £70-280.

Merah (5 shillings) : Mint -  £280-600, Used - £120-450.

Biru (10 shillings): Mint -  £375-3000, Used - £160-450.

Hijau (1 pound): Mint -  £3000, Used - £1500.