Selamat Datang ! Welcome ! Wilkommen ! أهلاً وسهلاً

Saturday 3 November 2018

SETEM NORTH BORNEO

Seperti pada namanya, negara ini terletak di bahagian utara Borneo di lautan China, bersempadan dengan Brunei dan Sarawak di barat daya dan Borneo Indonesia di tenggara. Bekas negeri naungan British ini termasuk pulau pesisir Labuan telah ditadbir oleh British North Borneo Company (BNBC) daripada 1881 hingga 1946 ketika status tanah jajahan diisytiharkan. Wilayah ini dinamakan Sabah pada 1963 apabila ia menjadi negeri dalam Persekutuan Malaysia.

Setem pos pertama telah dikeluarkan dalam bulan Mac 1883 iaitu setem 2 cent berwarna coklat yang telah dicetak di London oleh Blades, East & Blades (Rajah 1). Isu ini dan seterusnya memaparkan jata syarikat. Pada Jun 1883 terdapat keperluan untuk nilai tambahan membawa kepada  surcaj 'eight cents' dalam perkataan pada setem 2 cents daripada dua jenis fon yang berbeza. Kemudian dalam tahun tersebut, siri setem itu ditambahkan dengan nilai 4 cents, 8 cents dan format yang lebih besar iaitu denominasi 50 cents dan 1 dollar. (Rajah 2)

Rajah 1
Rajah 2
Cetakan setem baru yang mempunyai nilai 2 cents, 4 cents dan 8 cents  dengan tambahan setem 1/2 cents, 1 cents dan 10 cents telah mula dijual pada tahun 1886. Tidak lama selepas dikeluarkan, setem 1/2 cent dan 10 cents telah dicetak tambah dengan perkataan 'and Revenue'.Keperluan untuk lebih banyak denominasi telah direalisasikan dengan penggunaan surcaj 3 cents pada 4 cents dan 5 cents pada 8 cents. (Rajah 3)
Rajah 3
Banyak pengumpul setem kurang tertarik dengan setem North Borneo kerana beberapa tindakan yang tidak beretika yang dilakukan oleh BNBC. Antaranya ialah terdapat helaian berlebihan, kadangkala dalam keadaan 'imperforate', sama ada keadaan baru atau yang telah dicap dengan tanda pos bar dan dijual terus kepada 'dealer' (Rajah 4). Sebahagian besar setem yang dicap untuk jualan yang selalu ditemui dalam jualan lelong koleksi lama, telah dihasilkan dalam pejabat syarikat di London menggunakan alatan tangan. Setem-setem ini disenaraikan dalam kebanyakan katalog pada kolum ketiga dengan harga yang lebih rendah. Tindakan lain yang mencurigakan adalah pengeluaran setem yang mempunyai surcaj yang tiada keperluan kepada perkidmatan pos. Sebahagian digunakan di London manakala yang lainnya dihasilkan di Sandakan di mana sumber 'ralat' font biasa ditemui.
Rajah 4


Untuk membeli setem lama sila klik pautan berikut: https://www.facebook.com/setem2u/shop/?rt=19