Selamat Datang ! Welcome ! Wilkommen ! أهلاً وسهلاً

Saturday 23 June 2018

SEJARAH POS LABUAN

Sebuah pejabat pos telah beroperasi di Labuan pada tahun 1864, keutamaannya memberi perkhidmatan kepada kapal yang singgah di pulau itu. Tiada setem yang dikeluarkan dan pejabat pos menggunakan cop bulat bertarikh (circular datestamp) sebagai cap pos. Kebanyakan pos membawa setem India dan Hong Kong yang mungkin dibawa oleh krew kapal dan pelawat lain.

Gambar 1: Setem pertama menggunakan nama Labuan telah dikeluarkan pada 1879 dan memaparkan nama negara dieja dalam tulisan Cina dan Jawi pada sisi kanan dan kiri bingkai.


Bermula 1867, Labuan secara rasmi menggunakan setem daripada Straits Settlements (Negeri-negeri Selat). Labuan mula mengeluarkan setemnya sendiri pada bulan Mei 1879 dengan mengeluarkan satu set empat setem definitif yang dicetak oleh De La Rue. Isu pertama ini memaparkan potret wajah sebelah kiri Queen Victoria yang diletakkan dalam bingkai bujur (Gambar 1). Nilai denominasi diletakkan di bawah bingkai (frame) dengan nama negara di nahagian atas dalam bahasa Inggeris. Apa yang membuatkan setem ini menarik adalah nama negara yang ditulis dalam tulisan Cina dan Jawi pada setiap sisi di sebelah bingkai.

Gambar 2: Setem labuan dan surcaj '2 cents' warna hitam.

Cetakan setem pada tahun seterusnya meningkat dengan pertambahan denominasi kerana penggunaan pos yang bertambah. Pelbagai warna dan tera air (watermark) diguna pakai. Ketiadaan setem semasa tahun 1880an menyebabkan wujud keperluan mencetak surcaj (Gambar 2). Pada tahun 1890, Syarikat Borneo Utara mengambil alih setem yang dikeluarkan, namun masih menggunakan rekaan yang asal.

Gambar 3

Dari tahun 1894 hingga 1902, rekaan asal setem Labuan telah digantikan dengan setem 'North Borneo' yang diubah. Dalam sesetengah kes, warna setem turut diubah. Perkataan 'LABUAN' dicetak pada perkataan 'North Borneo' (Gambar 3). Semasa tempoh ini, beberapa setem ini juga menerima surcaj denominasi dan pada 24 September 1896, enam nilai telah dicetak tulis '1846 Jubilee 1896' untuk menandakan penyerahan Labuan kepada British (Gambar 4).

Gambar 4






Thursday 7 June 2018

Pameran Empayar British 1924

Pameran Empayar British atau lebih dikenali sebagai British Empire Exhibition 1924 merupakan acara besar berkaitan setem dan filateli yang dianjurkan oleh kerajaan British. Pameran ini diadakan serentak di United Kingdom dan negara jajahan British termasuk Malaya. Pameran ini berlangsung dari 23 April 1924 hingga 31 Oktober 1925.

Menurut sumber daripada internet, pameran ini diadakan bertujuan menonjolkan kedudukan British sebagai salah satu kuasa besar dunia memandangkan kedudukan British dicabar oleh kuasa dunia lain seperti Amerika dan Jepun. Kuasa British dilihat semakin lemah apabila membuat keputusan untuk membebaskan India daripada jajahan dan negara Dominions pula tidak menunjukkan minat untuk mengikuti polisi asing negara Britain. Pameran ini diadakan dengan tujuan mengeratkan hubungan antara jajahan dan koloni British serta meningkatan dagangan antara negara.

Video di bawah menunjukkan upacara perasmian yang diadakan di Wembley Park, England.


Pada pameran ini juga dikeluarkan cap setem khas seperti gambar di bawah.

cap khas 'British Empire Exhibition' dan cap pos Penang
cap khas 'British Empire Exhibition 1924' pada setem Kedah

Saturday 2 June 2018

Federated Malay States (FMS) 25 dollar stamp for sale

Front view

Back view


Federated Malay States (FMS) 25 dollar stamp
year: 1919
condition: used
watermark: Mult Crown CA
harga/price: rm200 termasuk pos/rm200 including post
quantity available: 1 pc only