Selamat Datang ! Welcome ! Wilkommen ! أهلاً وسهلاً

Sunday 2 December 2012

Setem terawal yang digunakan di Malaysia

Straits Settlements. Pernah dengar perkataan tu ? Bagi yang minat dengan sejarah mungkin pernah terdengar atau terbaca pasal Straits Settlements. Straits Settlements adalah nama yang diberikan oleh British kepada Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura semasa zaman penjajahannya. So, maksudnye dulu mase zaman sebelum merdeka dulu, Malaysia dan Singapura dianggap sebuah tanah jajahan yang dipanggil Straits Settlements. Nama ni telah wujud sejak tahun 1826 lagi. Tanah jajahan ini telah ditadbir oleh Syarikat Hindia Timur British yang berpangkalan di India.


Apabila penggunaan setem mula berkembang di Britain pada tahun 1840an, British juga telah memperkenalkan penggunaan setem di negara2 jajahan mereka termasuk Straits Settlements. Sebelum British menghasilkan setem2 khas untuk penggunaan di kawasan Straits Settlements, setem2 dari India telah digunakan terlebih dahulu bagi urusan pegawai2 British di Straits Settlements terutamanya di Pulau Pinang dan Singapura.

Contoh setem India yang digunapakai di Straits Settlements
sebelum penghasilan setemnya sendiri.
Memandangkan British mempunyai pangkalan yang besar di India, maka India terlebih dahulu mempunyai setem2nye yang sendiri berbanding Straits Settlements. Kemungkinan besar British telah membawa sejumlah besar setem2 India ke Pulau Pinang dan Singapura untuk dipakai untuk urusan surat menyurat kerajaan.

Setem-setem India ini tidak terus diguna tetapi diberikan nilai yang baru mengikut currency yang digunakan di SS ketika iti iaitu Dollar dan Cent. ( SS singkatan untuk Straits Settlements). Sebagai contoh setem East India Postage One Anna diberi nilai baru Three Cents dengan cop berwarna biru. Dari segi rarity, setem ini boleh dikategorikan sebagai uncommon atau jarang ditemui. Harga setem ini pula adalah diantara RM100 - RM5000 bergantung kepada keadaan setem tersebut.



Monday 28 May 2012

Pendahuluan

Kita menggunakan setem setiap hari untuk pelbagai tujuan seperti untuk menghantar surat, membayar cukai, dan sebagainya. Penciptaan setem adalah antara yang terpenting dalam sejarah hidup manusia kerana kewujudannya telah memudahkan kegiatan manusia. Sepertimana yang kita tahu, setem pertama yang dibuat di dunia iaitu Penny Black digunakan untuk menghantar surat di Britain . Penny Black dihasilkan pada sekitar tahun 1840, lebih kurang 170 tahun yang lepas. Selepas itu, penggunaan setem ini mula digunakan oleh negara-negara lain seperti Perancis, Amerika, dan Jerman. Penggunaan setem untuk menghantar surat kemudian berkembang kepada pelbagai jenis kegunaan seperti untuk membayar cukai, perkhidmatan telegraf, membayar denda mahkamah dan lain-lain. Dengan penciptaan setem, maka kewujudan pejabat pos menyusul untuk memberi perkhidmatan yang berkaitan dengan setem.


Kewujudan penggunaan setem di Malaysia secara umumnya bermula ketika British yang berada di Tanah Melayu membawa masuk setem-setem India untuk digunakan di Tanah Melayu terutamanya di Pulau Pinang kerana Pulau Pinang adalah kawasan yang terawal diduduki British. Kemungkinan pegawai British ketika itu telah menyuruh pekerjanya untuk membawa setem dari India untuk digunakan di Pulau Pinang. India pada ketika itu juga sudah ditakluki oleh British.


Filateli secara umumnya adalah kajian tentang penghasilan dan penggunaan setem serta perkhidmatan pos di awal kewujudannya. Bidang filateli wujud sekitar tahun 1860-an dan ketika itu popular di kalangan bangsa Eropah. Perkataan 'Filateli' diilhamkan oleh Georges Herpin yang mengambil dari perkataan Greek phil yang bermaksud minat terhadap sesuatu dan ateleia yang bermaksud pelepasan daripada cukai. Hal ini kerana sebelum terciptanya setem, surat yang dihantar perlu dibayar oleh penerima dan bukannya pengirim.


Perkembangan filateli di Malaysia masih di tahap yang sederhana. Malah boleh dikatakan bidang ini tidak begitu menarik perhatian golongan muda di Malaysia. Mungkin kerana bidang ini dianggap hanya untuk golongan berduit sahaja. Sebenarnya bidang ini tidak memerlukan wang yang banyak asalkan ada usaha dan keinginan untuk mendalami bidang ini sudah memadai. Tahap kesedaran rakyat Malaysia tentang bidang ini juga tidak cukup tinggi. Oleh sebab itu, saya menghasilkan blog ini untuk berkongsi maklumat berkaitan setem dan filateli serta berkongsi pengalaman saya dalam bidang ini. Saya berharap akan ada ramai pengumpul dan peminat setem di luar sana yang akan berkongsi pengalaman dengan saya.