Selamat Datang ! Welcome ! Wilkommen ! أهلاً وسهلاً

Friday 28 February 2014

Label Pos

Pernah dengar 'label pos' atau 'pos label' ?
Saya pun tak tahu mana satu sebutan yg betul dlm B.Malaysia.
Dalam B.Inggeris benda ni disebut sbg 'Postage Labels'. Basically benda ni mcm pelekat/sticker cuma nyer bukan sticker biasa, benda ni ada kebolehan mcm setem jugak & nilai dia lebih kurang mcm setem jugak.

Dalam post sy sblm ni ada sy cerita pasal Mesin Pos Automatik (Pos Automated Machine) yg baru diwujudkan di Malaysia. Dan dari mesin ni la boleh beli Label Pos, dekat kaunter mmg takde.

Nak tau rupa Pos Label ni boleh tengok kat bawah. Yg ni sy beli dekat Mesin Pos dekat Pejabat Pos Besar Melaka.

Label Pos
Memang agak biasa & boring. Tapi memang fungsi dia sama mcm setem. Katalah terdesak sangat nak beli setem sbb nak hantar surat tp pejabat pos tutup, boleh je beli Label Pos ni kat mesin ni.

Design dia mmg agak buruk kalau nak dibandingkan dgn Label Pos yg pernah sy tengok dari negara lain terutamanya dari England. Mungkin sebab teknologi ni baru lagi kat Malaysia so Pos Malaysia baru nak belajar 'handle' mesin ni. Tapi saya harap akan ada penambahbaikan dlm design Label Pos ni pada masa akan datang.

Label Pos ni ada macam-macam harga. Dalam gambar kat atas harga 30 sen sekeping. Seingat saya denominasi lain yg ada 50 sen, 60 sen, RM 1.
Tapi sy rasa design semua sama walaupun lain denominasi.
Kalau tengok dekat Label Pos kat atas dekat background dia mcm ada perkatan samar-samar yg dicetak melintang. Perkataan tu kalau disambungkan akan dapat perkataan 'COUNTERFEIT' atau 'PALSU'. Agak pelik jugak mula-mula sy tengok. Kemungkinan tu cara Pos Malaysia nak bezakan label yg palsu dgn yg tulen. Ironi kan ? Hehe :)

Okay sekarang sy nak tunjukkan Pos Label dari England. Gambar sy ambil dari internet je.
Sekadar untuk perbandingan.




Amacam ? Beza tak dengan yg Malaysia punya ? Jauh beza kan.....Hopefully Pos Malaysia boleh buat yg sehebat England la...

Monday 24 February 2014

MESIN POS AUTOMATIK

Mesin Pos Automatik atau dlm B.Inggeris disebut Pos Automated Machine, mesin ni sebenarnya masih baru diwujudkan di Malaysia. Setahu saya mesin ni ada dekat Pejabat Pos di bandar-bandar besar shj. Bandar kecik & sederhana mmg takde mesin ni.

Nama pendek, mesin PAM.

Mesin ni masih tak ramai org guna mungkin kerana tidak tahu cara menggunakannya.

Rupa mesin ni mcm dalam gambar kat bawah ni. Saiz agak besar.

mesin PAM

Fungsi mesin ini masih terhad maksudnya

kebolehan mesin PAM
Mesin ini berkemungkinan diiport dari negara luar seperti England. 
Mesin PAM ni ada persamaan dengan mesin pos automatik dekat Britain yg edisi pertama dulu. Tapi sekarang dah guna mesin generasi ketiga. 

Gambar di bawah menunjukkan mesin pos automatik dari Britain dari generasi pertama hingga ketiga.

generasi pertama
generasi kedua
generasi ketiga (terbaru-2014)


Sunday 23 February 2014

SURAT DENDA POS MALAYSIA

Barangkali ada org yg dapat borang warna kuning yg mengkehendaki anda untuk mengambil surat dan perlu membayar denda atau tax.

First step, tak pelu panik atau risau. Anda tidak akan didenda beratus-ratus ringgit seperti saman jpj.

Second, pegi pejabat pos bila ada masa & pegi ke kaunter penyerahan surat. Tunjukkan borang kuning tu kat pekerja pos kat situ.

Third, pekerja pos akan cari surat anda & bila dah jumpa surat anda kena bayar 50 sen sebagai denda. 50 sen ni harga setem denda yg pekerja tu akan tampal kat surat tu & cop.

KENAPA KENA BAYAR DENDA ? APA SALAH SAYA ?

Yg sebenarnya anda tak bersalah, yg bersalah adalah pengirim surat tersebut. Kadang-kadang org yg hantar surat ni tak periksa berapa harga setem untuk surat yg mereka hantar. Lagi-lagi sekarang ni kos hantar surat dah naik. Nak hantar surat biasa kena guna setem 60 sen. Sampul surat besar lg mahal. Kad kahwin pun bukan 60 sen lg, mungkin 80 sen.

Setem Denda 50 sen
Sekarang ni surat biasa (standard mail) kena guna setem 60 sen. Tapi kalau lebih 20 gram kena guna setem 70 sen. Yg penting tak boleh lebih 50 gram.
Sampul surat yg besar kena timbang dulu kat kaunter jangan main hentam je tampal setem lepas tu pos.
Akibatnya penerima yg kena bayar denda.

Boleh tengok jadual kat bawah ukuran untuk sampul surat biasa.
Saiz minimum 14cm (panjang) x 9cm (lebar), maksimum 25cm(panjang) x 16.5cm (lebar)
Sampul surat mestilah bukan jenis yg berkilat atau berwarna. Warna putih atau warna yg lembut & cerah je boleh untuk dikategorikan sbg sampul biasa/standard.



Saturday 22 February 2014

Apa yang buat setem jadi mahal ?

Dalam post ni sy ingin menceritakan sedikit bagaimana sesuatu setem itu boleh menjadi bernilai tinggi atau di kalangan collector setem itu disebut sebagai 'rare'.

Sebenarnya mengumpul setem ni mempunyai banyak persamaan dengan mengumpul duit/wang kertas. Di Malaysia secara umumnya lebih ramai org yg mengumpul duit/wang kertas drpd setem. Mungkin kerana penjagaan duit/wang kertas lebih mudah drpd setem. Mungkin juga kerana duit/wang kertas lebih mudah untuk 'dicari' berbanding setem. Apapun yg menjadikan sesuatu setem itu mempunyai nilai yg berkali-kali ganda drpd 'face-value'nya adalah kerana setem itu susah untuk dijumpai/didapati dan bilangan yg masih ada (survived) terlalu sedikit. Permintaan yg banyak dari pengumpul (collector) menyebabkan harga setem boleh bertambah berkali ganda dari harga sebenar. Itulah faktor asas yg menyebabkan setem boleh menjadi bernilai tinggi. Basic economy - low supply, high demand.

KEADAAN (KUALITI) SETEM - Secara umumnya nilai setem amat bergantung kepada keadaan setem itu. Kualiti setem yg rendah ditafsirkan sbg keadaan setem yg tidak sempurna seperti terdapat koyak, kesan conteng pen, gigi setem yg telah rosak (perforation), warna berubah dan lain-lain lagi. Ramai org yg beranggapan bahawa setem yg telah dicop/digunakan mempunyai nilai yg lebih rendah berbanding setem yg tidak digunakan (baru). Persepsi ini tidak betul dan setem yg telah digunakan juga boleh mempunyai nilai yg amat tinggi.

CONTOH SETEM ROSAK:

Setem yg diconteng dgn pen

Gigi setem yg telah rosak/hilang

Setem yg telah koyak


ERROR - 'Error' adalah istilah yg bermaksud kesilapan teknikal yg berlaku kepada setem semasa proses pencetakan menyebabkan setem tersebut tidak mempunyai 'design' yg sepatutnya ada pada setem yg normal. Contoh error adalah spt harga setem (denominasi) hilang, warna berbeza, pertambahan corak dan sebagainya. Setem yg mempunyai error selalunya mempunya nilai yg lebih tinggi dr setem yg biasa.

CONTOH SETEM ERROR:



Setem normal dgn bunga berwarna biru.






Setem error dgn warna biru pd bunga hilang.




Friday 21 February 2014

Jadual Keluaran Setem Khas Pos Malaysia

Setiap tahun Pos Malaysia akan keluarkan setem-setem istimewa sempena peristiwa tertentu ataupun untuk menarik minat pengumpul-pengumpul setem di Malaysia. Setakat ini dua keluaran terbaru bagi tahun 2014 telahpun dijual mengikut masa & perancangan yg telah ditetapkan. Jadual ini hanya sebagai rujukan sahaja & sebarang perubahan tertakluk kepada Pos Malaysia.

2014 Pos Malaysia Stamp Issues

Thursday 20 February 2014

SETEM PALING 'RARE' BAKAL DILELONG

Setem paling 'rare' di dunia bakal dilelong semula selepas berada dalam simpanan pengumpul peribadi semenjak tahun 1986. Setem yang dimaksudkan adalah setem British Guiana 1c magenta. Setem tersebut bakal dilelong oleh syarikat Sotheby di New York pada bulan Jun depan dan dijangka setem itu akan dilelong pada nilai sekitar USD 10-20 juta. Kali terakhir setem ini muncul di khalayak umum adalah pada tahun 1980 di mana ia berjaya dilelong pada harga USD 935,000 kepada jutawan, John du Pont.


British Guiana 1c
Jadi bagi sesiapa yamg bertaraf 'millionaire' atau 'billionaire' tu bolehla take part in this auction. Tak rugi pun belanja berjuta-juta untuk setem ni sebab lagi 10 tahun nilai dia akan meningkat berkali ganda.