Selamat Datang ! Welcome ! Wilkommen ! أهلاً وسهلاً

Saturday 15 September 2018

John Lennon kumpul setem?


John Lennon

Jika disebut nama John Lennon pasti hampir semua orang mengenalinya. Dia merupakan salah seorang anggota kumpulan The Beatles, kumpulan muzik yang sangat popular sekitar tahun 1960-an. Namun begitu tahukah anda beliau juga merupakan seorang pengumpul setem?

The Beatles. Lennon di sebelah kiri.

Ketika Lennon berumur 9 tahun, sepupu kepada Lennon telah menghadiahkannya sebuah album setem berwarna hijau berjenama 'Mercury' yang mempunyai 150 muka surat. Lennon telah memadamkan nama dan alamat sepupunya yang terdapat pada album itu dan meletakkan tandatangan dan alamat tempat tinggalnya sendiri di 'Mendips' di mana dia tinggal bersama ibu saudaranya.

Album setem yang dihadiahkan kepada Lennon



Pada waktu tertentu, Lennon melukis janggut dan misai pada imej Queen Victoria dan King George VI yang terdapat pada halaman album dengan menggunakan dakwat biru. Tulisan tangan Lennon pada album terseut menunjukkan pada suatu ketika jumlah setem yang terkandung dalam album itu adalah sebanyak 800 keping. Album setem ini telah dibeli oleh Washington's National Postal Museum daripada Stanley Gibbons pada tahun 2015.



Setem album itu kini tersimpan di Smithsonian's National Postal Museum, Amerika Syarikat.


No comments:

Post a Comment