Selamat Datang ! Welcome ! Wilkommen ! أهلاً وسهلاً

Saturday 14 July 2018

LELONGAN SETEM DI SERATA DUNIA (JULAI 2018)


TOGO 1915 – Penjajahan Perancis cetak-tambah pada fragmen surat

DILELONG PADA HARGA GBP 321,846

Jualan khas koleksi Peter Zgonc berkaitan setem Togo merangkumi salah satu barang yang paling diingini dalam filateli kolonial Jerman. Jualan ini dikendalikan oleh Christoph Gartner. Koleksi ini terdiri daripada setem 1m merah dan 5m merah dan hitam daripada siri definitif tahun 1900, yang telah dicetak-tambah dengan perkataan ‘Togo-Occupation Franco-Anglaise’ tahun 1915 berserta dengan tiga setem 5pf hijau yang juga dicetak-tambah. Hanya tiga contoh setem 5m yang dicetak-tambah wujud pada hari ini, dan setem 1m dianggap sebagai unik. Kedua-duanya mempunyai harga katalog yang tinggi iaitu masing-masing pada GBP 66,00 dan GBP 83,000.





CZECHOSLOVAKIA 1919 – Variasi cetak-tambah paling jarang ditemui


DILELONG PADA HARGA GBP 320,793

Setem Czechoslovakia yang paling jarang ditemui menimbulkan keriuhan di lelongan oleh Burda disebabkan kemunculan setem ini buat pertama kali di pasaran filateli setelah beberapa generasi. Setem ini dihasilkan pada awal kelahiran negara itu,setelah berlakunya Perang Dunia Pertama yang melibatkan Empayar Austro-Hungarian. Setem itu adalah setem definitif Austria 4k hijau pada kertas granit, dengan cetak-tambah menyerong ‘Posta Ceskoslovenska’ yang terbalik.
Terdapat banyak setem Austria dan Hungary yang dicop cetak-tambah pada tahun 1919, tetapi terdapat kesukaran untuk menemukan variasi pada nilai kronen di atas kertas granit dan mempunyai kesilapan cetak-tambah. 





No comments:

Post a Comment