Selamat Datang ! Welcome ! Wilkommen ! أهلاً وسهلاً

Tuesday 29 May 2018

MENGUMPUL SETEM DENGAN CAP POS YANG BERBEZA

Selain mengumpul setem mengikut tema- tema terentu, terdapat cara lain untuk membuat hobi mengumpul setem menjadi lebih menarik dan mencabar iaitu dengan mengumpul setem dengan cap pos yang berlainan.

Cap pos atau dalam Bahasa Inggeris disebut 'postmark' adalah dakwat yang digunakan untuk mematikan setem pada surat. Kebiasaannya cap ini berwarna hitam atau biru dan berbentuk bulat. Pada cap tersebut terdapat lokasi pejabat pos kebiasaannya nama suatu tempat, pekan atau daerah, tarikh dicop dan juga masa.

Pada awal tahun 1900 terdapat beberapa pejabat pos yang dibuka di kawasan terpencil atau pedalaman. Namun, tidak banyak surat yang dipos daripada kawasan tersebut menyebabkan kesukaran menemui setem yang dicap pos dengan nama kawasan ini. Ini membuatkan setem dengan cop ini mempunyai nilai yang lebih tinggi.
cap pos 'STATION STREET K.L.' pada tahun 1912

Terdapat juga pejabat pos yang dibuka untuk beberapa tahun dan kemudia ditutup buat selama-lamanya. Keadaan ini juga menyebabkan cap pos daripada kawasan tersebut menjadi lebih berharga.


Setem dengan cap pos yang unik dan sukar dicari boleh menjadikan nilai setem menaik berkali ganda.

No comments:

Post a Comment